Tuesday, August 6, 2019

Jadual Pembayaran Untuk Bangunan Masih Dalam Pembinaan Di Malaysia

Jika anda membeli hartanah yang masih dalam pembinaan, atau dikenali sebagai Pembangunan Baru, pembangunan tu akan ada Jadual Pembayarannya yang tersendiri. Cara ini memang lain dari beli unit subsale.Unit subsale anda kena mohon pinjaman dari beberapa bank dan menilai unit tu sendiri.
Jadual Pembayaran ni sebenarnye skim bayaran yang memang khas untuk pembangunan yang baru siap atau yang sedang dalam proses pembinaan. Kalau yang subsale, kita bayar terus pada pemilik lama.Kalau beli bangunan baru kita akan bayar terus kepada pemaju.
Bayaran yang perlu dibayar kepada pemaju bergantung pada peringkat pembangunan tu dibina. Pembayaran ni dipecahkan pada 5 peringkat utama:
  1. Semasa tandatangan SPA (Sale and Purchase Agreement)
  2. Pelbagai peringkat penyiapan pembangunan
  3. Pemilikan Kosong (Vacant Possession)
  4. Penyerahan untuk pembahagian bangunan
  5. Pembayaran akhir

1) Ketika Tandatangan SPA 




SPA ni memang dokumen yang paling penting, dan antara benda yang utama sekali pembeli akan sign apabila setuju untuk membeli mana-mana hartanah. Dokumen ni mengandungi semua maklumat pembangunan.Termasuk berapa jumlah lot parking kereta (kalau pembangunan bertingkat), dan berapa banyak soket letrik yang ada dalam satu unit rumah dan sebagainya
Dokumen ini mesti ditandatangani(sign) didepan peguam. Peguam akan jelaskan semua terma dan syarat yang ada didalamnya. Bila dah selesai tandatangan SPA, pembeli kena terus buat bayaran 10% untuk unit yang hendak dibeli.
Pastikan anda sediakan amaun 10% seawalnya untuk memudahkan urusan.

2) Peringkat Penyiapan Pembangunan 

Lepas dah tadatangan SPA, pembeli mungkin dah kena mula buat bayaran ansuran. Tapi ni bergantung pada keadaan, ada situasi pembeli tidak perlu terus membuat bayaran. 

A. Peringkat Bawah (Residential Title)

  • Title Kediaman: Contohnya, kalau tanah tak dibersihkan lagi, piling belum mula lagi, dan pembangunan kediaman tu dilindungi di bawah Akta Pembangunan Perumahan (HDA), maka pembeli hartanah tak perlu buat pembayaran lagi.
  • Title Komersial: Disini yang membezakan pembayaran antara title kediaman dan title komersil. Kalau piling belum mula, pembeli rumah memang tak perlu buat bayaran lagi, tapi kalau pembeli komersil, diorang mungkin dah mula bayar pinjaman dekat bank – bergantung pada terma dan syarat dalam SPA.Walaubagaimanapun bila pembangunan tu dah mula buat kerje asas (foundation) dan piling, bayaran untuk title kediaman dan komersil adalah sama, iaitu 10% daripada kadar ansuran penuh.

B. Rangka Kerja Struktur (Structural Framework) 

Peringkat ini bermula bilamana rangka kerja dan lantai konkrit pada pembangunan dah mula dibina. Senang cerita, pembinaan yang sebenar telah bermula. Kalau ada pembeli yang mohon pinjaman 80%, pembeli akan mula bayar balik pinjaman diwaktu ini.
Pada saat ni juga, pemaju akan tuntut 15% daripada duit pembeli daripada bank.Jadi, buat masa ini pembeli akan buat bayaran pada jumlah yang sama sehinggalah pembinaan sampai pada tingkat yang pembeli pilih.
Maksudnya, kalau pembeli yang pilih unit di tingkat bawah, lagi cepat la diorang mula bayar ansuran yang seterusnya berbanding dengan pembeli yang memilih tingkat disebelah atas. 

C. Dinding Yang Lengkap Dengan Frame Pintu Dan Tingkap

Padat peringkat ini, pembangunan memang dah sampai pada tingkat unit pembeli.Ketika ini, pembeli dah mula kena bayar 10% tambahan dari pinjaman. 

D. Pemasangan Dan Pengkabelan Bumbung, Pendawaian Dan Telefon Dalaman

Bilamana pembangunan sudah sampai tahap penyambungan wayar, pembeli kena naikkan lagi ansuran sebanyak 10%. 

E. Kerja Pembetungan

Bila dah selesai kerja pendawaian, pemaju akan mula buat kerja pembetungan.Ketika  ini bayaran ansuran akan naik lagi 5%.  

F. Kerja Plastering Luar Dan Dalam 

Bila mula sahaja kerja plastering, pembeli kena naikkan ansuran sebanyak 10%.

G. Longkang Untuk Pembangunan 

Selepas sudah siap plastering, pemaju akan mula bina longkang khas untuk bangunan . Ansuran akan naik lagi 5% pada masa ini.     

H. Jalan Untuk Pembangunan

Bila pemaju dah mula membina dan menyusun jalan ke projek pembangunan tersebut, pembeli pun kenalah mula membayar 5% tambahan untuk ansuran bulanan.

3) Pemilikan Kosong (Vacant Possession)

Pada peringkat ni, pembangunan sudah dikira siap.Ketika ini pembeli belum lagi kena bayar jumlah ansuran sepenuhnya,sehinggalah pembeli menerima Pemilikan Kosong atau Vacant Posession untuk unit yang dibeli.Pada masa ini juga, bekalan letrik dan air pun akan disambung pada setiap unit.
Bila pemilik rumah dapat kunci untuk unit,mereka mula kena bayar ansuran penuh kepada bank – iaitu tambahan lagi 12.5%.
Lebih kurang 6 bulan dari tarikh pembangunan tu siap, pemilik rumah pula perlu bayar kos pindah milik atau yuran Memorandum of Transfer (MOT). Selepas selesai bayar MOT, pemilik rumah akan dapat hak sepenuhnya pada unit yang dibeli. 

No comments:

Post a Comment

Pangsapuri Servis Setia Alam

- Pelancaran Baru- Pangsapuri Servis Setia Alam Hartanah baru terletak di pusat bandar Setia Alam. Kemudahan berdekatan yang terb...